Selamat Datang ke Gading Grad

Jenama “Gading Grad” adalah jenama bagi produk Jubah Konvokesyen dimiliki oleh Fas Success Sdn Bhd.
Perkataan Gading dipilih adalah kerana aspirasi pendidikan tertinggi iaitu ke menara gading (universiti).
Nama Gading ini juga adalah kerana gading seperti yang diketahui dimiliki oleh mamalia terbesar di daratan serta terkuat. Gading memiliki kekuatan dan sifat ketahanannya mengambarkan keteguhan serta ketabahan.
Selain daripada itu, sesuai dengan nama syarikat Fas Success itu sendiri atau di dalam bahasa Melayunya Fas ‘Jaya’ beroperasi di Jaya Gading, Kuantan, Pahang.
Sinonim dengan nama jolokan negeri Pahang yang dikenali sebagai Tok Gajah maka daripada itu perkataan ‘GADING’ dipilih sebagai namanya.
Grad pula dipilih sebagai gabungan Gading Grad kerana singkatan kepada Graduation (Graduasi/ Konvokesyen).
Perkhidmatan Kami

Kami merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan 100% dalam perkhidmatan konsultasi serta membekalkan dan menyewakan jubah graduasi sejak tahun 2015.
Kami memfokuskan dalam membantu pihak IPT, sekolah, NGO, pengusaha tadika serta individu mendapatkan jubah konvokeseyen.
Produk jubah konvokesyen yang kami sediakan adalah bermula daripada peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah sehingga kepada jubah konvokesyen peringkat dewasa, IPT, PhD, VIP dan VVIP.
Kisah Sukses

Asal penubuhan kami adalah bermula di Damansara Damai, Selangor pada 2013 dengan penghasilan pakaian jubah kanak- kanak lelaki dan perempuan.
Pada 2015, setelah memindahkan operasi di Kuantan, Pahang pengasas telah memfokuskan 100% kepada penghasilan jubah graduasi bagi membantu pengusaha- pengusaha tadika serta sekolah agama yang mana adalah pelanggan setia kami sejak 2013.
Pengasas dengan bermodalkan kemahiran jahitan terlebih dahulu sejak 2003, tidak menoleh kebelakang dengan menambah tim jahitan serta melatih tukang jahit sehingga mampu menghasilkan jahitan jubah konvokesyen setanding kualiti jahitan jubah PhD universiti luar negara.
Sehingga kini, ramai pelanggan yang telah kami bantu mendapatkan jubah konvokesyen mereka. Pihak kami telah membantu para pendidik, pensyarah, pengusaha- pengusaha sekolah swasta/ tadika dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
